Aishwarya Rai dan anaknya, Aaradhya Bachchan. foto Agensi

MUMBAI – Aishwarya Rai Bachan dan anak perempuannya, Aaradhya Bachchan didapati positif Covid-19, sehari selepas bapa mertua, Amitabh Bachchan dan suaaminya, Abhishek dijangkiti virus tersebut.

Menteri Kesihatan negeri Maharastra, Rajesh Tope menerusi ciapannya mengesahkan perkara itu.

Namun, tidak dinyatakan sama ada aktres itu dirawat di hospital atau sebaliknya.

Sebelum ini, Amitabh dan Abhishek dilaporkan positif virus itu dan mengalami gejala ringan.

Keadaan dua beranak itu dilaporkan stabil dan kini berada di Hospital Nanavati, Mumbai.

Keadaan isteri pelakon lagenda berusia 77 tahun itu, Jaya, yang turut menjalani saringan ujian tersebut didapati negatif.

Kes koronavirus di India terus meningkat dengan jumlah jangkitan mencecah 820,000 dan kematian sebanyak 22,000. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast