logo plus

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup lorong perlahan dan lorong kecemasan di KM23.14 hingga KM24.21 (Arah Selatan) di Persimpangan Bertingkat Putrajaya-Gamuda Cove di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) kepada semua kenderaan mulai hari ini hingga 17 Julai 2020.

Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaran turapan jalan dapat dilaksanakan dengan selamat di sepanjang laluan tersebut.

Walau bagaimanapun, orang ramai boleh menggunakan jalan susur ke R&R Dengkil (Arah Selatan) sebagai laluan alternatif yang lebih lancar untuk meneruskan perjalanan ke selatan, sekiranya berlaku kesesakan di laluan tersebut.

Sehubungan dengan itu, PLUS menasihatkan pelanggan lebuh raya yang menggunakan laluan tersebut supaya merancang perjalanan serta mematuhi semua papantanda lalu lintas dan arahan yang disediakan oleh pihak PLUS. – MalaysiaGazette