SINGAPURA – Harga minyak Asia menyusut sebelum mesyuarat pengeluar-pengeluar utama dunia minggu ini yang dijangka membincangkan pelan untuk mengecilkan semula pengurangan output untuk membantu menstabilkan harga.

Kontrak hadapan New York jatuh 1 peratus selepas meraih keuntungan 2.4 peratus pada Jumaat.

OPEC+ dijangka mengkaji semula keadaan pasaran dalam satu mesyuarat dalam talian pada 15 Julai.

Syarikat-syarikat minyak utama Rusia sedang bersiap sedia meningkatkan pengeluaran bulan hadapan.

West Texas Intermediate bagi penghantaran Ogos jatuh 35 sen kepada AS$40.20 setong di New York Mecrantile Exchange.

Brent untuk September jatuh 37 sen kepada AS$42.87 di ICE Futures Europe Exchange. – Agensi

1 Komen

Comments are closed.