Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad keluar dari Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad diarah keluar dari Dewan Rakyat kerana mengganggu persidangan.

Arahan tersebut dikeluarkan oleh Datuk Azhar Azizan Harun apabila Khalid membuat bising ketika Azhar membacakan ucapan sempena pelantikan beliau sebagai Speaker Dewan Rakyat.

Azhar terpaksa menghentikan ucapannya berkali-kali sehingga ke satu peringkat beliau membuat keputusan mengarahkan Khalid keluar dari dewan sehingga selesai persidangan.

“Shah Alam sila keluar,” katanya berulang kali sambil disahut dengan pelbagai reaksi dalam kalangan ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Kalangan penyokong kerajaan menyokong keputusan Azhar sambil berkata, arahkan Shah Alam keluar dewan.

Dalam kalangan wakil-wakil rakyat pembangkang pula berteriak mempersoalkan kewajaran tindakan tersebut dan apakah alasan Khalid diarah berbuat demikian. – MalaysiaGazette

8 Komen

  1. YB Khalid ini ada ciri-ciri salah seorang dari ahli
    Dewan Himpunan Penyokong DAP (DHPD)_

  2. Hari ini dalam sejarah. Malu betul kawan ini, hari yang dinanti-nantikan yang merupakan hari pertama dalam parlimen, dia kena halau.

  3. Dia disuruh keluar sebab gelap dan diminta pakai bedak bila dibenarkan masuk dan calit 3 garis kuning di dahi .

  4. Khalid Samad MP merupakan sejarah DEWANAN yang “PERTAMA” dihalau SPEAKER “PERTAMA” dilantik dihari PERTAMA mempengerusikan Dewan Rakyat yang mangantikan Speaker sebelumnya. MP yang dahi berbelang-belang dari Perak pastikan “kencing” dahulu dimangkuk Tandas sebelum terberak dalam Dewan Persidangan dihari kedua besok

Comments are closed.