Cadangan laluan projek RTS

SINGAPURA – Singapura optimistik perbincangan mengenai projek Sistem Transit Rapid (RTS) boleh dimuktamadkan sebelum 31 Julai ini.

“Lebih banyak butiran terperinci akan diumumkan apabila semakin menghampiri tarikh tersebut,” kata jurucakap Kementerian Pengangkutan Singapura dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua negara “telah mengadakan perbincangan intensif” berhubung projek RTS yang menghubungkan Bukit Chagar di Johor Bahru ke Woodlands, Singapura.

Semalam, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau dan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong yakin perbincangan mengenai RTS di antara pegawai-pegawai dari kedua-dua negara akan menghasilkan perjanjian dua hala tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di Facebook mengenai perbualan telefon semasa mengucapkan tahniah kepada Hsien Loong di atas kemenangan parti People’s Action Party memenangi pilihan raya umum Singapura pada 10 Julai lalu.

Projek RTS juga disebut semasa perbualan berkenaan. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast