TERKINI : Kelibat Tun Mahathir Tak Muncul di Pra Persidangan Parlimen PH

Semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) dijadualkan hadir sesi taklimat Ahli Parlimen sempena Pra Persidangan Parlimen.

Antara yang hadir adalah Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim diikuti beberapa pemimpin PH. Antaranya Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, M Kulasegaran.