TERKINI : Saya Tiada Kuasa Dahulukan Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Perdana Menteri – Azhar Azizan

Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu, Datuk Azhar Azizan Harun menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa untuk mendahulukan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri dalam sidang Parlimen kali ini.

Menurut beliau, ini kerana ia telah diputuskan terlebih dulu oleh bekas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof.