Disneyland Hong Kong

HONG KONG – Disneyland Hong Kong terpaksa menutup pintunya semula kurang sebulan ia dibuka semula susulan peningkatan kes jangkitan koronavirus.

Taman tema ini telah ditutup pada akhir bulan Januari selepas pandamik Covid-19 merebak di Asia.

Tetapi Disney memutuskan untuk membukanya semula pada 18 Jun lalu selepas kes koronavirus di Hong Kong kembali reda.

Pintu taman tema ini kembali ditutup pada hari Rabu selepas langkah-langkah penjarakan semula dilaksanakan semula.

“Selaras dengan arahan kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan, Disneyland Hong Kong akan ditutup sementara waktu mulai 15 Julai,” katanya.

Disneyland itu adalah taman tema kedua dibuka selepas Disneyland Shanghai.

Hong Kong telah menggantung semua aktiviti perhimpunan sosial, makan di restoran dan aktiviti gimnasium. – MalaysiaGazette