Seorang wartawan portal online ternama Malaysia membuat laporan polis terhadap satu hantaran komen berbaur lucah dalam satu sesi siaran langsung dalam talian media sosial Facebook di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 13 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Gerakan Media Merdeka (Geramm) mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab setengah pihak yang didakwa telah melakukan gangguan seksual terhadap wartawan portal berita Malaysia Gazette.

Dalam satu kenyataan hari ini, Geramm menegaskan, sebarang bentuk gangguan seksual terhadap mana-mana individu dalam kes melibatkan wartawan tidak boleh diterima.

“Sepanjang tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) berlangsung, wartawan didapati terdedah kepada risiko gangguan semasa bertugas, sama ada ketika mengendalikan siaran Facebook live atau sewaktu bertanya dalam sesi sidang media harian yang turut disiarkan secara online.

“Gangguan diterima bukan sahaja berbentuk seksual atau komen lucah tetapi juga menyentuh isu perkauman serta bentuk fizikal,” kata kenyataan tersebut.

Justeru Geramm terus memberi solidariti dengan mempertahankan wartawan terlibat dan menggesa polis supaya bertindak ke atas pelaku tersebut.

“Menurut laporan Malaysia Gazette, terdapat beberapa akaun yang dikenalpasti telah meninggalkan komen-komen berunsur lucah ketika wartawan berkenaan mengendalikan siaran Facebook live.

‘Difahamkan satu laporan polis telah dibuat terhadap akaun-akaun tersebut dan kami menggesa agar tindakan sewajarnya diambil,” tegas Geramm lagi.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Wartawan Malaysia Gazette terima gangguan seksual, buat laporan polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast