drunk sodomised sodomy driver lorry attendant
ACP Nik Ezanee Mohd Faisal.

KUALA LUMPUR – Rentetan penularan video seorang individu cuba memukul seorang wanita tua dipercayai ibunya hari ini, polis berjaya menahan suspek berusia 40 tahun serta merta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, polis membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Mayang, Kelana Jaya bertindak atas penularan video itu.

“Hasil pemeriksaan di rumah polis berjaya menahan seorang lelaki warganegara tempatan berusia 40 tahun dipercayai lelaki dalam rakaman video tersebut.

“Polis turut merampas peralatan yang digunakan suspek untuk menghisap dadah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Tambah beliau, suspek telah dibawa ke IPD Petaling Jaya untuk soal siasat dan ujian saringan air kencing.

“Ujian saringan mendapati suspek positif dadah Methaphetamine atau Syabu.

“Semakan rekod lampau jenayah mendapati suspek mempunyai dua rekod dadah dan satu rekod sakit mental.

“Suspek kini ditahan dan akan direman serta disiasat dibawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, 18(A) Aakta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” tegasnya.-MalaysiaGazette