Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang pelajar tingkatan tiga yang memulakan sesi persekolahan di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak di sini, hari ini dilapor pengsan sebelum meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon yang mengesahkan perkara berkenaan berkata pelajar berusia 15 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh doktor selepas dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini.

“Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat dijalankan oleh pihak hospital bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Media tempatan hari ini melaporkan pelajar itu berada dalam keadaan sihat sebelum tiba-tiba pengsan di dalam kelas di sekolah berkenaan.

Hari ini merupakan hari pertama sesi persekolahan bagi Tingkatan 1 hingga 4 serta Tahun 5 dan 6 di seluruh negara.

Sebelum ini, sesi persekolahan dibuka bagi Tingkatan 5 dan 6 serta prasekolah, tadika dan tabika.

— BERNAMA