TERKINI : Wisma Putra Bawa Pulang 23,955 Rakyat Malaysia Yang Terkandas di 82 Negara – Hishammuddin

Seramai 23, 955 rakyat Malaysia yang terkandas di 82 buah negara akibat penularan Covid-19 telah berjaya dibawa pulang.

Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, kesemua mereka dibawa pulang menerusi pelbagai cara termasuk menerusi bantuan dari pihak swasta, kerajaan serta penerbangan ehsan oleh rakan-rakan negara.

Terbaru kata beliau, seramai 143 rakyat Malaysia yang terkandas di Jordan akibat Covid-19 telah selamat tiba di tanah air pada pukul 7 malam semalam.

“Mereka pulang dengan menaiki pesawat Royal Jordanian yang telah diatur oleh Kedutaan Diraja Thailand di Amman bagi membawa pulang 120 orang rakyat Thailand yang turut terkandas di Jordan.