KUALA LUMPUR – Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz@Yazid dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkuatkuasa hari ini, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Beliau sudah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun sejak mula
menyertai perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan pada 25 Januari 1995.

Wan Ahmad Dahlan, 54 tahun, mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengkuatkuasaan, keselamatan dan perkhidmatan awam serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Dalam Negeri.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara. – MalaysiaGazette