Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 74 kawasan telah pulih sepenuhnya, manakala 216 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan setakat jam 10 malam tadi.

Peratusan pemulihan mengikut wilayah adalah seperti berikut:

Kuala Langat (75%), Gombak (73%), Kuala Lumpur (18%) dan Petaling (49).

Klang dan Shah Alam masih belum menerima bekalan langsung.

Secara keseluruhan, 26% daripada kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual ini telah pulih sepenuhnya.

Usaha menstabilkan sistem agihan bekalan air sedang giat dilaksanakan untuk mempercepatkan proses pemulihan bekalan air ke kawasan yang masih terjejas.

Oleh itu, Air Selangor memohon kerjasama para pelanggan yang telah menerima bekalan agar menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan-kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

Pelanggan yang sudah menerima bekalan air dinasihatkan agar membiarkan pili air mengalir sehingga bekalan air kelihatan bersih dan jernih.

Ini bagi membolehkan sisa mendapan yang berada di dalam paip dialir keluar.

Kawasan-kawasan berkenaan mengalami gangguan bekalan air secara berperingkat-peringkat susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 pada 14 Julai lalu. – MalaysiaGazette