Salah sebuah kilang daging di Argentina. foto Agensi

BUENOS AIRES – Argentina mengesahkan kes Covid-19 di enam kilang pembungkusan  daging, menurut Carlos Alberto Paz, Ketua Badan Keselamatan Makanan.

Susulan itu negara ini menghentikan sementara eksportnya ke China.

Paz berkata, China, pembeli utama eksport daging lembu Argentina, telah meminta negara itu untuk menjamin bahawa produk tersebut selamat di tengah-tengah peningkatan pengawasan terhadap jangkitan dalam industri daging.

Menurut Kementerian Penternakan Argentina, sebanyak 76% daripada 328.170 tan daging lembu yang dihantar dari negara itu antara Januari dan Mei dieksport ke  China.

Pada tahun 2019, Argentina mengeksport hampir 634,000 tan daging lembu ke China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast