Syed Saddiq Syed Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terpaksa meninggalkan awal sesi Dewan Rakyat hari ini kerana dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya perlu meninggalkan Parlimen awal sikit hari ini kerana telah dipanggil ke Pejabat SPRM untuk membantu siasatan.

“Saya sedia dan sentiasa berikan kerjasama penuh dengan SPRM,” kata dalam media sosialnya hari ini.

Bekas Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, beliau, ibu bapa dan seluruh ahli keluarganya juga sudah lama mengiystiharkan harta bagi menjamin ketelusan.

“Saya sentiasa berlaku jujur dan berani kerana benar. Semoga urusan saya dan SPRM hari ini dipermudahkan,” ujarnya.

Bagaimanapun Syed Saddiq tidak menyatakan secara terperinci tujuan beliau diarahkan pergi ke pejabat SPRM hari ini.- MalaysiaGazette