TERKINI : 10 Daripada 100 Ujian RTK-Ag Berpotensi Dapat ‘Negatif Palsu’ – Dr. Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Rapid Test Kit Anitgen (RTK-Ag) berpotensi menunjukkan keputusan saringan Covid-19 ‘negatif palsu’ kepada individu yang telah dijangkiti pandemik itu.

Jelas beliau, perkara itu akan berlaku apabila kemungkinan besar individu yang mendapat keputusan negatif Covid-19 palsu berada dalam tempoh inkubasi di mana kandungan bilangan virus adalah rendah untuk dikesan dengan ujian RTK-Ag.

“Ini adalah kerana ujian RTK-Ag mempunyai sensitiviti sebanyak 90 peratus.

Ini bermakna daripada 100 orang yang disaring mungkin terdapat keputusan false negative (negatif palsu) bagi 10 orang. Ia merupakan satu kekangan ujian ini,” katanya ketika sidang media hari ini.