Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto MOHD ADZLAN, 16 JULAI 2020

PUTRAJAYA – Hari ini terdapat tiga pertambahan kes positif Covid-19 yang direkodkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) manakala tidak ada pertambahan kes kematian.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, satu antara tiga jangkitan baharu itu merupakan kes import melibatkan rakyat Malaysia manakala selebihnya merupakan penularan tempatan dalam kalangan bukan warganegara.

“Satu kes hasil saringan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) Jalan Duta sebelum proses pemindahan ke DTI lain. Satu kes di Sarawak yang disaring oleh majikan di tempat kerja,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Noor Hisham turut memaklumkan jumlah terkini sebanyak 77 kes aktif dengan kebolehjangkitan manakala 12 orang telah pulih sepenuhnya daripada wabak itu dan telah dibenarkan discaj.

“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,538 kes  atau 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya sambil memaklumkan tiga pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi dan satu daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast