Yunos Abd Ghani

KUALA LUMPUR – Bank Simpanan Nasional (BSN) kini sedang mengkaji bantuan yang bersesuaian bagi membantu pelanggan-pelanggannya yang terjejas berikutan penularan wabak Covid-19, berikutan tempoh moratorium yang dijadualkan tamat pada September 2020.

Ketua Eksekutif BSN, Datuk Yunos Abd Ghani, BSN amat prihatin dan komited untuk terus membantu para pelanggan terutamanya selepas tamat tempoh moratorium.

Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban pelanggan kami khususnya bagi peminjam sedia ada dari sektor tertentu yang terkesan oleh wabak itu.

“Untuk itu, BSN menggalakkan para pelanggan untuk memberi kerjasama dan mengunjungi Cawangan BSN terdekat untuk mengemas kini maklumat peribadibagi memudahkan Bank menghubungi mereka,” tambah beliau.

Sekiranya pelanggan menjangkakan kesukaran untuk membuat pembayaran pinjaman/pembiayaan, mereka boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN melalui talian 1-300-88-1900 sebagai tindakan awal untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya serta untuk memaklumkan kepada pegawai kami mengenai situasi yang dihadapi.

Maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh didapati di www.mybsn.com.my.

BSN tidak melantik ejen atau pihak ketiga untuk bantuan selepas tamat tempoh moratorium ini.

Sehubungan itu, para pelanggan dinasihatkan untuk berwaspada dengan scammers yang menjalankan aktiviti penipuan mereka. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast