Dr. Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau melepaskan jawatannya pada 24 Februari lalu hanya untuk formaliti kerana enggan menjadi Perdana Menteri bagi gabungan yang disertai oleh UMNO dan Pas.

Ini kerana, menyertai kerajaan bersama dua parti itu bermakna Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bekerjasama dengan UMNO dan Datuk Seri Najib Razak – parti dan individu yang dikecam semasa Pilihan Raya Umum ke-14.

‘Dengan itu, katanya, beliau sebenarnya akan menghidupkan semula UMNO dan menjadikannya sebahagian daripada kerajaan.

”Saya akan mengkhianati orang-orang yang menyokong saya dalam pilihan raya. Saya juga akan mengingkari janji saya kepada parti-parti lain dalam gabungan PH (Pakatan Harapan).

”Saya tidak dapat menerima cadangan bahawa saya menjadi Perdana Menteri gabungan yang tidak suci ini.

”Oleh kerana Muhyiddin sudah bersedia, saya melepaskan diri dari kumpulannya,” kata Dr Mahathir yang memaklumkan beliau telah dilucutkan daripada keahlian Bersatu dan sebagai pengerusi.

Susulan pelucutan itu, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu berkata, beliau telah pergi ke mahkamah untuk mempertikaikan kesahihan tindakan ke atasnya.

Menerusi kenyataan dalam hantaran di Facebooknya, Dr Mahathir mengulangi kenyataan bahawa kerajaan sekarang mempunyai majoriti tipis dengan lebihan dua undi sahaja.

Ia berlaku apabila Najib yang kalah pada PRU14 mencadangkan penubuhan Kerajaan Melayu Islam dengan Pas kerana tahu beliau akan dipenjarakan berikutan jenayah-jenayah yang telah dilakukan.

Tetapi, Dr Mahathir mendakwa Pas dan UMNO tidak cukup majoriti untuk membentuk kerajaan dan memerlukan lebih banyak sokongan orang Melayu.

“Dia mendakwa Kerajaan PH dikuasai oleh DAP dan DAP akan menghancurkan orang Melayu.

”Untuk menggulingkan DAP, Kerajaan PH mesti digulingkan. Untuk ini Bersatu terpaksa meninggalkan PH dan bergabung dengan UMNO dan Pas untuk membentuk kerajaan baharu.

”Hamzah Zainuddin berusaha mendapatkan ahli UMNO untuk menyokong saya, kerana saya menjadi Perdana Menteri dalam gabungan baru ini, malah mendapatkan Najib untuk menandatanganinya,” katanya.

Namun, Dr Mahathir berkata, beliau menolak cadangan itu, sebaliknya Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong dan majoriti pemimpin Bersatu juga menyokong beliau.

”Ketika Bersatu meninggalkan PH, PH terhenti sebagai sebuah kerajaan. Ini bermaksud semua anggota Kabinet kehilangan jawatan menteri. Ini termasuk saya.

”Saya telah kehilangan jawatan sebagai Perdana Menteri. Meletak jawatan hanyalah formaliti,” katanya. – MalaysiaGazette

10 Komen

  1. BOSAN LA MAHATHIR BACA KAU PNYA CERITA…… GEBANG SANA SNI. MCM DIRI SENDRI X PERNAH MELAKUKAKAN KESILAPAN. INGAT DIRI TUE SUCI SANGAT KE………

  2. Elok la PH terkubur dan kalau boleh atuk sekali masuk kubur, lagi cepat lagi bagus. Menteri-menteri PH semuanya menteri otak udang, tak boleh pakai langsung terutama menhan yang amat memalukan Malaysia.

  3. Siapalah yang akan termakan pada lidah bercabang dan ular dua kepala seperti si tua kutuk munafik ni. Hentikan lah dan kerstlah lidah sipembohong.

  4. Tak payah putar belit ceritalah, Madey oooii… Semua netizen kenal siapa seorang kleptokrat macam engko tu…

  5. Tak payah bohong lah tua kutuk..ko letak jawatan ada ko bincang dgn sesiapa? Dgn PH pun ko tak discuss.. Kalau betul ko tak nak jd PM sebab UMNO kenapa ko letak jawatan dari PH? UMNO suruhkah?? Lepas tu kenapa ko tak nak jd calon PM utk pulihkan kerajaan PH menyebabkan PH calonkan Anwar sbg PM?? Ko ni mmg tua kutuk pi mati cepatlah..ko ni menyusahkan rakyat betul …

  6. Tun M saja mahu pusingkan fakta…matlamat sebenar dia meletak kan jawatan untuk menamatkan isu DSAI menagih jawatan PM tu. Bila dia letak jawatan bermakna janji mereka untuk serah jawatan PM pada DSAI terbatal…bila Tun buat bagitu dia mengharapkan dapat semula sokongan jadi PM. Tapi matlamat nya gagal bila TSMY yang diundi.

  7. LagiĀ² ratin Najib lakukan jenayah yg dia sendiri rekayasa. UMNO PAS dlm gagasan MN hanya menyertai BERSATU menubuhkan PN demi menyelamatkan negara dari DAP. Jika tidak wujud PN sekalipun MN telah memetrai kerjasama utk merampas kembali negara dari PH dlm PRU15. Ini semua cerita orang yg salah langkah dlm politik yg melepaskan jawatan menyebabkan kerajaan PH hanya berusia 22 bulan

  8. Elok sangat letak jwtan drpada jd boneka dap, lagi lama ph erentah sedikit demi sedikit islam sebagai agama persekutuan dan hak keistimewaan melayu dan bumiputra dicabul.
    Berayukur pd Allah yg maha berkuasa menggerakkan hati tun meletak jawatan..

  9. Oh kita semua nak tanya SPR bilakah PRK Langkawi kita nak adakan kerana MP Langkawi ternyata telah nyanyok dan tidak lagi boleh berfikiran waras dan sihat. Kita minta PRK segera diadakan.

  10. semoga tun m ni bila mati nanti terseksa,
    sebab banyak sangat fitnah, rekaan cerita dia buat
    lepas tu kaki belit pun kuat
    aminnnn

Comments are closed.