SPRM Reman ‘5 Kakitangan Kementerian’ Salah Guna Kuasa | EDISI MG 17 Julai 2020

Sembilan individu direman selama enam hari di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan Seksyen 16(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa pendaftaran akaun baharu e-perolehan melibatkan sebuah kementerian.

Perintah tahanan reman terhadap sembilan individu terbabit dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga 22 Julai 2020 bagi membantu siasatan mengikut Sekysen 16(a) (B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.