Najib Razak

KUALA LUMPUR – Susulan kewujudan empat kluster baharu Covid-19 di Malaysia yang mana tiga daripadanya melibatkan indeks orang yang tiba dari luar negara, Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah sendiri disemak serta-merta.

Tegasnya, individu yang baru pulang dari luar negara perlu dianggap kes suspek dan dikendalikan sedemikian sehingga sampai ke pusat kuarantin yang telah ditetapkan kerajaan.

“Jika kos merupakan faktor kenapa membenarkan kuarantin di rumah, saya percaya mereka yang tiba atau pulang dari luar negara mampu menampung kos bagi kuarantin 14 hari dalam pusat kuarantin rasmi negara atau dalam hotel-hotel yang telah disyorkan kerajaan.

“Suruh mereka bayar sendiri.

“Dan sesiapa yang ingkar kuarantin wajib perlu berdepan dengan penjara mandatori dan bukan dengan denda kompaun RM1,000 sahaja.

“Hanya lepaskan mereka selepas kuarantin wajib 14 hari dan disahkan negatif,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Kerajaan sebelum ini mewajibkan semua individu yang baru pulang dari luar negara sama ada melalui pintu udara, darat mahu pun laut diasingkan di pusat kuarantin yang telah ditetapkan kerajaan.

Arahan tersebut bagaimanapun disemak semula kerana kos yang tinggi dan kerajaan mengarahkan mereka menjalani kuarantin di rumah bermula 10 Jun lalu.

Tambah Najib, rakyat Malaysia dan ekonomi negara sudah tidak mampu untuk menanggung kesan sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan semula.

“Warga Malaysia tidak mahu apa yang menimpa negara Australia sekarang yang kini mengalami gelombang kedua Covid akibat kelemahan sistem kuarantin mereka berlaku di Malaysia

“Saya percaya Rakyat Malaysia tak larat untuk mengulangi PKP (selama) enam minggu lagi setelah kita sudah berkorban 2 bulan.

“Kerugian kepada ekonomi kita jika kita terpaksa mengulangi tempoh PKP adalah sangat besar,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel berkaitan

18 kes baharu positif Covid-19, 4 kluster baharu

4 kluster baharu, 3 indeks tak bergejala – Noor Hisham

 

 

 

 

 

 

1 Komen

  1. Setuju. Mohon KKM implement segera. Xperlu kuarantin di hotel2 hebat. Asalkan dekat dgn airport, selesa dan cukup kemudahan dah la.

Comments are closed.