Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – “Kejayaan menerbitkan rasa puas hati dan rasa puas hati membuahkan kegagalan,” tulis Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Noor Hisham Abdullah ketika mengulas mengenai kewujudan empat kluster terbaharu Covid-19 di negara ini.

Beliau yang tidak pernah berhenti “membebel” mengenai kewajipan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memuat naik sekeping carta yang menunjukkan data-data mengenai kluster terbaharu itu.

Laporan Kluster Covid-19 yang aktif di Malaysia

Tiga daripada indeks kluster tersebut melibatkan individu yang baru pulang dari luar negara.

Meskipun tidak bergejala dan disahkan negatif pada saringan pertama sebaik tiba di pintu masuk negara, masing-masing disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian.

Dalam hantaran yang pendek di Facebooknya, Dr. Noor Hisham memberitahu, inilah kesannya jika SOP tidak dipatuhi dengan baik.

“Kebimbangan terbesar adalah apabila kita tidak lagi berhati-hati.

“Tolonglah teruskan mematuhi SOP seperti yang saya selalu ingatkan di setiap peluang yang saya ada.

“Tanggung jawab memutuskan rantaian Covid-19 sekarang berada di tangan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Susulan penemuan empat kluster terbaharu itu, banyak pihak yang mencadangkan supaya arahan kuarantin di rumah yang dilaskanakan sejak 10 Jun lalu disemak semula. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Bagi saya kuarantin di rumah tidak sesuai sbb byk yg langgar arahan. Masuk seminggu byk yg dah kluar jalan2 sbb bosan

  2. Tak payah nasihat2 laaa..ni kuarantin kat rumah apa ke jadahnya…baru je semalam tgk foto satu makcik pakai gelang kuarantin sedap jer melahap kat gerai…selamba badak je..

Comments are closed.