Gelombang Kedua COVID-19 di Sarawak | EDISI MG 18 Julai 2020

Seramai 96 orang rakyat Malaysia yang terkandas di India akibat Covid-19 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 6.31 pagi tadi, dengan menaiki pesawat Malindo Air dari New Delhi Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman berkata, daripada jumlah tersebut, 62 orang adalah jemaah tabligh manakala, 34 orang lagi adalah gabungan kakitangan kedutaan Malaysia dan 11 lagi merupakan krew penerbangan.

Mereka juga perlu menjalani kuarantin wajib selama 14 hari di pusat pemantauan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) yang terletak di Bandar Enstek dan Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (IKKAP) di Bandar Baru Bangi.

Misi membawa pulang rakyat Malaysia itu merupakan kali kelima setelah kejayaan membawa rakyat Malaysa balik dari Wuhan, China, Itali dan Iran sebelum ini. Usaha membawa pulang baki Jemaah Tabligh di India akan diteruskan secara berperingkat.