Kapal pengangkut pesawat Nimitz

HANOI – Amerika Syarikat (AS) menegrahkan dua buah kapal pengangkut pesawat ke laut China Selatan buat kali kedua dalam tempoh dua minggu, kata Tentera Laut AS, ketika China dan negara itu menuding jari ke arah satu sama lain terhadap ketegangan di wilayah tersebut.

Kapal Nimitz dan Ronald Reagan melaksanakan operasi dan latihan ketenteraan di perairan yang menjadi rebutan itu pada 4 dan 6 Julai lalu dan pulang ke wilayah tersebut semalam, menurut kenyataan Tentera Laut AS.

“Kumpulan Serangan Kapal Pengangkut Pesawat Nimitz dan Reagan beroperasi di Laut China Selatan, di mana sahaja undang-undang antarabangsa membenarkan bagi menguatkuasakan komitmen kami terhadap Indo-Pasifik yang terbuka dan bebas, satu peraturan yang berdasarkan kepada undang-undang antarabangsa, dan kepada sekutu serta rakan kami di wilayah ini,” kata Pemerintah Nimitz, Rear Admiral Jim Kirk seperti dipetik Reuters.

Kehadiran kapal pengangkut pesawat itu bukannya tindak balas kepada insiden politik atau insiden dunia, tambah kenyataan itu, tetapi hubungan antara Washington dan Beijing yang kini tegang membabitkan perbagai perkara, daripada koronavirus hingga kepada perdagangan Hong Kong.

Prasangka meningkat di rantau ini yang mana Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam menuntut 90 peratus lautan tersebut.

China melaksanakan latihan ketenteraan di laut pada awal bulan ini yang dikutuk Vietnam dan Filipina dan dalam masa sama dua kapal pengangkut pesawat melintasi perairan tersebut untuk kali pertama yang mana Tentera Laut AS berkata, ia adalah pra perancangan latihan.

Tentera Laut AS berkata, kapal pengangkut pesawatnya telah lama melakukan latihan di Pasifik Barat, termasuk Laut China Selatan, yang merangkumi kawasan sejauh 1,500 kilometer.

Pada satu ketika baru baru ini, terdapat tiga kapal AS di wilayah tersebut.

Perdagangan bernilai kira-kira AS$3 trilion melintasi Laut China Selatan setiap tahun.

AS menuduh China cuba menakut-nakutkan negara anggota ASEAN yang mahu mengeksploitasi simpanan minyak dan gas mereka. – Agensi