Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Seorang daripada 707 rakyat Malaysia dari luar negara yang pulang ke tanah air semalam telah dibawa ke hospital.

Bagaimanapun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak memaklumkan sebab individu itu dimasukkan ke hospital.

Kesemua yang tiba pada 17 Julai adalah dari beberapa negara iaitu China, Indonesia, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UEA), Singapura, Kemboja, Filipina, Hong Kong, Pakistan, Arab Saudi dan Jepun.

Menurut Ismail, seramai 706 individu diperintah menjalani proses kuarantin wajib di kediaman mereka.

Dalam pada itu beliau menerusi kenyataan turut memaklumkam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat saringan ke atas 20,080 individu di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).

Daripada jumlah ini, 20,004 orang didapati negatif Covid-19 dan sedang menjalankan proses kuarantin wajib di kediaman masing-masing manakala 76 individu lagi didapati positif dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan. – MalaysiaGazette