‘Tak Masuk Akal’ Elewsmart Kena Serbu, Harga Serendah 10sen | EDISI MG 18 Julai 2020

Pasar raya milik pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew iaitu Elewsmart diserbu pengunjung sempena pembukaan rasmi di Bandar Baru Bangi, pagi tadi.

orang ramai mula beratur seawal pukul 6.30 pagi hingga satu ketika barisannya telah melebihi satu kilometer walaupun dalam cuaca panas. Antara barang yang murah adalah susu pekat manis (70 sen) dan kicap cap Kipas Udang juga 70 sen.

Seterusnya beliau memberitahu lapan cawangan lain akan dibuka minggu seterusnya secara peringkat di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dahulu dalam usaha membantu orang yang memerlukan.