TERKINI : Rakyat Malaysia Terkandas di New Delhi Selamat Tiba di KLIA – NADMA

Seramai 96 orang rakyat Malaysia yang terkandas di India akibat Covid-19 selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Mereka tiba pukul 6.31 pagi dengan menaiki pesawat Malindo Air dari New Delhi. Pesawat berkenaan yang membawa seramai 107 penumpang berlepas dari Lapangan Terbang Indira Gandhi pukul 4.20 petang semalam.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman berkata, daripada jumlah tersebut, 62 orang adalah jemaah tabligh manakala, 34 orang lagi adalah gabungan kakitangan kedutaan Malaysia dan 11 lagi merupakan krew penerbangan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast