BAYI LELAKI Masih ‘Bernyawa’ Dicampak Dari Tingkat Dua | EDISI MG 19 Julai 2020

Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres 2 tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham, Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada pukul 12.35 tengah hari daripada orang awam.

Beliau berkata bayi itu telah dicampak oleh seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak di tingkat 2 dengan ketinggian kira-kira 9 meter.