Arsenal di pentas perlawanan akhir piala FA Emirates selepas mengejutkan juara bertahan Manchester City 2-0 dalam aksi separuh akhir di Wembley malam tadi.

LONDON – Mikel Arteta berjaya menundukkan gurunya, Pep Guardiola apabila berjaya menewaskan Manchester City dan mara ke perlawanan akhir Piala FA Emirates awal pagi tadi.

Dalam aksi separuh akhir di Stadium Wembley, the Gunners menundukkan juara bertahan iaitu skuad Pep Guardiola Manchester City 2-0.

Arteta yang meninggalkan jawatan penolong pengurus di Etihad untuk menggantikan Unai Emery di Arsenal pada Disember lalu kini berpeluang menjulang kejuaraan tunggal musim ini.

Mereka akan bertemu Manchester United atau Chelsea yang akan membuat perhitungan ke final pada aksi separuh akhir malam ini.

Aksi Final akan berlangsung pada 1 Ogos ini di Stadium Wembley.

Kedua-dua gol Arsenal dijaringkan penyerang berbisa Pierre-Emerick Aubameyang pada separuh masa pertama minit ke-19 dan 71.

Kebocoran teruk di bek pertahanan skuad Man City berjaya membantu anak buah Arteta membedil gawang gol lawan.

Manchester City cuba kembali kepada rentak permainan di separuh masa kedua dan menguasai bola sepenuhnya namun gagal mencari peluang mencipta gol.

Namun gol kedua Aubameyang menghukum skuad Guardiola dan mendedahkan masalah serius bek pertahanan yang memerlukan rawatan pemulihan yang segera.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast