TERKINI : Saya Rayu Tiada Lagi Insiden ‘Bendera Terbalik’ – Tengku Adnan

Rakyat Malaysia tidak kira kaum, bangsa dan agama diingatkan agar sentiasa melindungi maruah Jalur Gemilang.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sudah menjadi tanggungjawab setiap warga negara memastikan Jalur Gemilang sentiasa disanjung.

Jalur Gemilang, tegas beliau bukannya untuk dipijak, dihina dengan memasangnya terbalik, mengubah warna asal dan sebagainya. Katanya, Jalur Gemilang merupakan identiti rakyat Malaysia dalam setiap urusan harian termasuk ketika pergi berperang dan juga bersukan di pentas antarabangsa.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.