TERKINI : UMNO Sedang Langsaikan Hutang-Hutang – Tengku Adnan

UMNO sedang dalam proses melunaskan segala bayaran dan hutang tertunggak parti kepada pihak lain termasuk gaji kakitangan dan vendor-vendor yang berurusan dengan mereka.

Bendahari Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu menggunakan wang RM192 juta milik parti yang dilepaskan Mahkamah pada 7 Februari lalu selepas dana berkenaan didapati bukan daripada hasil penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Apa yang kita hutang, kita akan bayarlah kerana kita minta balik duit itu kerana kita mempunyai hutang-hutang, jadi perlu dilunaskan,” katanya ketika ditanya pemberita selepas program Merdeka Community Bonding Semarakkan Patriotik Dalam Norma Baharu di Persint 14 anjuran Komuniti Penjawat Awam pagi ini.