Najib Razak

KUALA LUMPUR – Individu-individu yang diarahkan supaya menjalani kuarantin supaya mematuhi arahan tersebut dan jangan sesekali mempersia-siakan pengorbanan rakyat dan barisan hadapan yang berjuang menangani Covid-19.

Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat di negara ini tidak mahu mengulangi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketat lagi.

Katanya, setakat ini, kerajaan telah belanja RM105.4 juta untuk menyediakan pusat kuarantin wajib dan memberi subsidi kepada mereka yang pilih untuk berkurung wajib 14 hari dalam hotel.

Namun kerugian yang ditanggung negara bagi setiap hari negara berada dalam PKP ialah RM2.4 bilion.

”Apakah RM105.4 juta itu berbanding kerugian RM2.4 bilion setiap hari yang negara bakal tanggung jika negara terpaksa melaksanakan PKP ketat sekali lagi sebab ada yang ingkar kuarantin wajib di rumah?,” soalnya.

Semalam, menurut beliau, New Zealand mengumumkan pelawat dan rakyat mereka yang pulang dari luar negara perlu menanggung kos kuarantin wajib di pusat kuarantin atau hotel yang disyorkan.

Hanya mereka yang benar-benar mengalami kesukaran kewangan akan dikecualikan.

Malah, minggu lepas, Australia mengumumkan akan mengenakan penjara wajib sehingga enam bulan untuk mereka yang langgar kuarantin wajib setelah mendapati denda sudah tidak efektif lagi.

Oleh itu, kata Najib, sudah sampai masanya mereka yang ingkar kuarantin dikenakan penjara, bukan hanya dengan denda kompaun RM1,000 sahaja.

”Apalah RM1,000 bagi mereka yang mampu melawat ke luar negara?,” katanya. – MalaysiaGazette

Enak makan di kafe ketika patut kuarantin di rumah

2 Komen

  1. Slm,terpulanglah kpd warga&pemerintah yg ada&berkuasa hari ini,buatlah apa shj yg patut asalkn bahgia,,, ttpi awaslah jika tiba PRU@PRK lihatlah kuasa rkyat akan menetukan perubahan iklim kuasa politik dgn pelbagai warna-warni hasil dripd undi yg di buat oleh rkyat yg berani…

  2. Ingat! Masa depan M’sia &pemimpin mana2 parti politik berada di jari jemari rkyat,,…pemimpin beri sogokkn mungkin akan di sapu oleh rkyat,ttpi undi belum tau lagi….. Awss tuuuu,..sebelum bertindak sesuatu guna akal, jika tidak malang seorg pemimpin politik ddlm genggaman tgn2 rkyat…. Wssslm.

Comments are closed.