Bukit Aman tidak menolak kemungkinan wujudnya usaha pihak tertentu yang menawarkan lulus peperiksaan bagi kenaikan pangkat pegawai Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan mengenakan bayaran tertentu.
Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, perkara itu boleh terjadi di peringkat pemarkahan apabila markah terkumpul boleh diubah sebelum sistem peperiksaan dinaik taraf.