TERKINI : Impak Besar Jika Kerajaan Laksanakan PKPP – Muhyiddin Yassin

Negara berdepan dengan impak ekonomi yang besar jika penularan Covid-19 tidak dapat dikawal hingga menyebabkan kerajaan perlu menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelaksanaan semula PKP bukan sahaja akan menyebabkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2021 tidak akan dicapai, malah perniagaan terpaksa ditutup semula.

Rentetan itu akan mendorong kadar pengangguran meningkat secara mendadak berbanding 5.3% pada bulan Mei lalu.

”Ini adalah suatu keadaan yang mesti kita elakkan,” tegas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa menyampaikan perutusan khas di sini hari ini.