TERKINI : UMNO Shah Alam Buat Laporan Polis ‘Conteng Lukisan Mural’

UMNO Bahagian Shah Alam membuat laporan polis berhubung perbuatan vandalism pada lukisan mural di dinding sebuah bangunan di Taman Cahaya Alama, Seksyen U12, di sini, petang ini.

Laporan dibuat Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Azhari Shaari di Balai Polis Seksyen 6, dekat sini, kira-kira jam 3.30 petang untuk meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit.

Katanya, UMNO Bahagian itu dan rakyat Shah Alam mengecam sekeras-kerasnya perbuatan berkenaan yang dianggap biadab kerana merosakkan lukisan mural wajah pemimpin negara, termasuk Yang di-Pertuan Agong dengan kata-kata kesat.