TERKINI : YDP MPKj Tolong Selesaikan… Jangan Cabar Peniaga-Peniaga – IKHLAS

Suasana kecoh sepanjang sejam dialog antara ratusan peniaga, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), penganjur dan wakil Majlis Perbandaran Daerah Kajang (MPKj) berhubung isu ada lesen tetapi tidak dibenarkan berniaga di Bazar Malam Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Peniaga yang hadir melaungkan “kami nak berniaga kami nak berniaga” berulang-ulang kali.

Majlis itu dibuat berikutan 300 peniaga kecil-kecilan yang diberi lesen sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak dibenarkan berniaga dengan pelbagai alasan oleh pihak MPKj.

Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dan Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia (PEMA) gesa MPKj benarkan peniaga berniaga buka laluan tapak pasar malam serta merta kerana lesen masih sah.