Sultan Selangor ‘Murka’ | EDISI MG 21 Julai 2020

Kelibat dua individu dipercayai wanita direkodkan dalam rakaman kamera litar tertutup CCTV, disyaki terlibat menconteng mural Yang Dipertuan Agung dan para pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam.

Melalui rakaman video muatnaik dari sebuah portal, kelihatan kedua-dua individu berkenaan keluar dari kereta yang diletakkan di bahu jalan.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, menerusi kenyataan dikeluarkan Istana Selangor semalam berharap pelaku dapat ditangkap segera dan dihadapkan ke muka pengadilan.