TERKINI : Polis Akan Siasat Pelaku Conteng Mural – Hamzah Zainuddin

Polis akan menyiasat daripada pelbagai sudut berhubung tindakan individu yang menconteng mural barisan pemimpin negara di Shah Alam semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, langkah itu adalah bagi mengenalpasti tindakan yang sesuai dikenakan ke atas pelaku selain meneliti latar belakang serta motif ia dibuat.