Polis mengawal di lokasi kejadian. foto AP

CHICAGO – Seramai 14 orang ditembak secara rambang ketika menghadiri upacara kematian di sebuah tempat pengebumian di South Side – bandar yang Presiden Donald Trump mahu menempatkan ejen-ejen persekutuan bagi mengekang keganasan.

Komuniti Auburn Gresham hadir dalam upacara kematian yang disebabkan kekerasan senjata api dan akhirnya menjadi tragedi yang mengerikan.

Deputi Supritendan Polis Chicago, Eric Carter memaklumkan sebuah kenderaan berwarna hitam menuju ke barat di 79th Street pada pukul 6.30 petang, lalu individu-individu di dalam kenderaan tersebut mula melepaskan tembakan.

Seorang saksi memaklumkan, kejadiaan itu seperti satu serbuan.

Mangsa-mangsa yang terkena tembakan terbaring di merata-rata kawasan.

Kebanyakan mangsa yang dikejarkan ke hospital mengalami kecederaan serius.

Sekurang-kurangnya 336 orang terbunuh sejak Januari hingga awal Julai, menjadikan Chicago sebagai tempat kematian paling banyak sejak pertengahan 1990-an.

Trump minggu ini memaklumkan akan menghantar sekitar 150 pegawai penguatkuasa undang-undang persekutuan ke Chicago.

Rancangan itu menimbulkan kebimbangan oleh Datuk Bandar, Lori Lightfoot.

”Penempatan ejen rahsia khas yang tidak disebutkan namanya ke jalan-jalan kami untuk menahan orang tanpa sebab dan secara efektif mengambil hak sivil dan kebebasan sivil mereka tanpa proses sewajarnya – itu tidak akan berlaku di Chicago,” kata Lightfoot dalam sidang akhbar pada hari Selasa.

Keganasan musim panas di Chicago dan bandar-bandar lain mungkin diburukkan lagi oleh kesan kesihatan dan ekonomi yang berkaitan koronavirus.

Terdapat juga alasan untuk menentang perkauman sistemik dan keganasan polis setelah pembunuhan seorang lelaki Afrika Amerika yang tidak bersenjata, Mr George Floyd, di Minneapolis. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast