Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang pekerja loji kumbahan di Sri Damansara menemui objek dipercayai janin bayi di dalam kumbahan loji sampah kelmarin.

Pekerja yang sedang melakukan pembersihan inlet screen di loji kumbahan sampah tesebut pada mulanya ternampak objek seakan janin bayi yang cukup sifat dan terus menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Mohd Faisal dalam satu kenyataan berkata, sepasukan polis IPD Petaling Jaya telah diarahkan ke tempat kejadian bagi mengesahkan penemuan tersebut.

“Janin bayi dibungkus dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian serta usia bayi,” katanya.

Menurut Nik Ezanee, kejadian disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit.

Jika sabit kesalahan saspek boleh dihukum penjaran dua tahn atau dendan atau kedua-dua.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau terus menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Vanitha A/P Balakrishnan di talian 0172229832. – MalaysiaGazette