Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembaikan paip pecah di kawasan tanah mendap di simpang jalan antara Jalan Johan Setia dan Jalan Langat, Klang masih giat dijalankan dan sehingga jam 8.00 pagi ini telah mencapai tahap 92%.

Berikutan kerja-kerja pembaikan paip yang menyalurkan bekalan air ke kawasan Johan Setia telah siap lebih awal daripada jadual asal danĀ  Air Selangor telah mula menyalurkan bekalan air ke kawasan Johan Setia pada jam 8 pagi ini.

Dalam pada itu, kerja-kerja bagi pembaikan paip bocor yang menyalurkan air ke kawasan Pandamaran juga telah siap dilaksanakan lebih awal iaitu pada jam 4 pagi hari ini dan bekalan air di seluruh kawasan Pandamaran telah pulih sepenuhnya.

Bantuan bekalan air kecemasan melalui lori-lori tangki ke kawasan-kawasan terlibat di Wilayah Klang dan Kuala Langat masih lagi digerakkan bagi membantu pengguna.

Para pengguna boleh menghubungi talian 15300 dan whatsapp 0192800919 atau 0192816793 untuk memohon bantuan bekalan air kecemasan ini. – MalaysiaGazette