RIYADH – Raja Salman mengadakan mesyuarat Kabinet menerusi sidang video dari sebuah hospital di Riyadh, sehari selepas Raja Arab Saudi itu dimasukkan ke wad kerana inflamasi di hempedu.
Tiga sumber memberitahu Reuters, Raja Arab Saudi itu berada dalam keadaan yang baik.
Sebuah video yang menunjukkan Raja Salman sedang mempengerusikan mesyuarat disiarkan melalui stesen nasional Arab Saudi.
Video yang tidak mempunyai suara itu menunjukkan Raja Salman sedang duduk di meja dan membaca serta menyemak beberapa dokumen.
Raja berusia 84 tahun itu sedang menjalani pemeriksaan kesihatan, kata agensi media rasmi yang memetik kenyataan istana.- MalaysiaGazette