Donald Trump. foto AP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump berubah nada berhubung pemakaian pelitup muka, menggesa warga Amerika Syarikat (AS) memakainya jika tidak boleh mengekalkan penjarakan sosial bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Dalam taklimat pertamanya yang memfokuskan pandamik koronavirus, Trump berkata, penularan virus itu akan menjadi lebih buruk sebelum ia kembali reda.

Trump sebelum ini enggan memakai pelitup muka di khalayak ramai.

Bagaimanapun, beliau baru-baru ini mengenakan pelitup muka untuk pertama kalinya di khalayak ramai semasa lawatan ke hospital tentera.

Ketika kes-kes Covid-19 meningkat di negeri-negeri di seluruh negara, termasuk di Florida, Texas dan Arizona.

“Kami meminta semua orang yang dapat melakukan penjarakan sosial, pakailah pelitup muka, dapatkannya.

“Sama ada anda suka atau tidak, penggunaannya mempunyai kesan,” katany,

Trump mengatakan beliau semakin sudah terbiasa dengan pelitup muka dan akan memakainya secara berkumpulan atau ketika berada di lif.

“Saya akan menggunakannya dengan senang hati.

“Apa-apa yang berpotensi dapat membantu … adalah perkara baik,” katanya sambil menggesa orang muda AS elak daripada berada dalam bar yang sesak kerana boleh menyebar virus. – MalaysiaGazette