Suami YouTuber Pavithra Direman, Mabuk dan Mengamuk Bawa Senjata | EDISI MG 22 Julai 2020

Suami kepada YouTuber Pavithra direman tiga hari kerana disyaki memiliki senjata berbahaya dalam kejadian di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, kelmarin (Isnin).

Perintah reman ke atas Sugu itu dikeluarkan oleh Majistret Nabihah Mohd Noor bagi membolehkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Bahaya 1958.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.54 petang Selasa, suspek dikatakan dalam keadaan mabuk telah membawa senjata sabit ke hospital mencari adik iparnya berkaitan satu masalah keluarga.

Menurut sumber, pertengkaran itu juga dikaitkan dengan Pavithra akan menerima pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sempena sambutan Hari Bandaraya Ipoh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast