JAKARTA- Tempe bakal menjadi eksport besar Indonesia ke Amerika Syarikat berikutan pasaran alternatif kepada daging terus berkembang susulan krisis kesihatan.

Menurut Konsulat Besar Indonesia di New York, Arifi Salman, rangkaian bekalan daging di AS terjejas akibat pandemik membuka ruang kepada produk tempeh untuk meningkatkan jualan di negara tersebut.

Tambahnya, jualan produk pengganti daging telah meningkat 53 peratus dari bulan April ke Mei tahun ini.

“Terdapat peningkatan signifikan terhadap jualan pengganti daging disebabkan rangkaian bekalan terjejas akibat pandemik.

“Bagaimanapun, tempe turut mempunyai potensi jangka panjang kerana rakyat Amerika kini lebih mementingkan kesihatan,” katanya baru-baru ini.

Data oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan, wabak Covid-19 telah memberi tekanan kepada pekerja-pekerja di kilang pemproses daging dan ayam yang mana lebih 17,000 kes dan 91 kematian akibat virus berkenaan direkodkan di kilang pemprosesan di 23 negeri di AS antara April hingga Mei 2020.

Dalam pada itu, data kumpulan penyokong produk makanan berasaskan tumbuhan Good Food Institute menunjukkan makanan berasaskan tumbuhan meningkat 38 peratus pada 2017 dan 2019 dengan nilai pasaran AS$939 juta pada 2019.

“Satu-satunya cabaran yang kita perlu berikan perhatian adalah proses penghasilan tempe untuk dijadikan produk yang boleh dinikmati oleh rakyat AS.

“Ini melibatkan proses pengilangan dengan kapasiti pengeluaran eksport yang mematuhi standard kesihatan AS,” kata Arifi.

Menurut ahli diaspora Indonesia dan pemilik ladang soya, Mayasari Effendi, tempe mentah tidak sesuai dengan citarasa rakyat Amerika.

“Mereka lebih menggemari produk-produk seperti kerepek tempe yang mempunyai perasa BBQ, keju atau pedas,” katanya.

Mayasari menerima geran berjumlah AS$500,000 daripada Jabatan Pertanian AS (USDA) untuk membina kilang tempe dan meluaskan perniagaan yang telah dibinanya sejak sembilan tahun lalu.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bgus lh indo, jadi pbekal temper, lpas ni tak pyh lg lh rakyat indo dtg mlysia cri kerja yg halal n pdtng yg hram..

Comments are closed.