Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin bercakap ketika sidang media pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 23 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – “Kita tunggu sahaja berita mengejutkan”.

Itu kata Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin tentang khabar angin pertukaran tampuk pemerintahan kerajaan negeri Sabah.

Ujarnya, berita mengenai perkembangan terbaharu itu semakin hangat dan dijangka menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tempoh peralihan kuasa daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Angin (tukar kerajaan negeri Sabah) sudah semakin kencang setakat sekarang. Ia dijangka berlaku. Namun berapa lama kita tak pasti,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Mohd Shafie mendakwa ada usaha oleh pihak lawan untuk membeli wakil rakyat Parti Warisan Sabah (Warisan).

Beliau berkata, tekanan politik dikenakan terhadap pemimpin Warisan hanya kerana parti itu dilihat tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan mereka di peringkat kerajaan Persekutuan.

Bagaimanapun, UMNO Sabah menafikan tuduhan Mohd Shafie bahawa parti itu dan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman sedang “membeli wakil rakyat” bagi menjatuhkan kerajaan Warisan di negeri itu.

Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata kenyataan yang dikeluarkan pemimpin parti Warisan itu adalah bersifat provokasi melampau serta hasutan.

Bung juga menambah kerajaan Warisan adalah kerajaan pintu belakang dalam erti kata sebenarnya dan kerajaan itu goyang disebabkan ketidakupayaan mereka mentadbir negeri.

Desas desus itu dikuatkan lagi dengan dakwaan khabar angin akan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu akan berpaling tadah yang berpotensi menjadi faktor menyumbang kepada pembentukan kerajaan negeri baharu.

Ia selepas situasi politik tidak menentu apabila kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) tumbang apabila Johor, Melaka, Perak dan Kedah bertukar tangan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. sistem undang2 tidak sempurna menjadikan pemerintah huruhara. kalau pn gubal undang2 lompat parti seperti menjerat diri sendiri.

  2. si tua kutuk la punca kepada masalah ini,
    masa dia tarik pemimpin2 umno yg menang pru untuk masuk ber1,
    dia ada ckp pasal pengkhianatan kepada rakyat??dia ada persoal mandat rakyat?
    sial punya tua kutuk

Comments are closed.