KUALA LUMPUR- MyHSR Corporation Sdn. Bhd. (MyHSR Corp) mengumumkan pelantikan artitek ternama, Tan Sri Ar Esa Mohamed sebagai pengerusinya yang baharu berkuatkuasa 15 Julai lalu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal, pelantikan Esa bakal membawa bersama pengalaman luas beliau dalam perancangan dan pelaksanaan pelbagai projek mega ke dalam MyHSR.
Esa yang mempunyai latar belakang seni bina dan perancangan merupakan tokoh yang tidak asing lagi dalam projek-projek besar di Malaysia serta di luar negara.
Beliau terlibat dalam Pelan Induk Tun Razak Exchange (TRX), Pelan Induk dan Seni Bina Bangunan-Bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Pelan Induk Pusat Pentadbiran Persekutuan Putrajaya serta pelbagai lagi projek nasional dan swasta di dalam dan luar negara.- MalaysiaGazette