Maszlee Malik.- foto SYAFIQ AMBAK, 23 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata kesemua bekas ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) mahupun blok pembangkang.

“Seperti mana yang dinyatakan Tun M, kami adalah di blok bebas, kami tidak berada bersama kerajaan dan tidak bersama PH. Yang bersama kami ialah Warisan, UPKO, dan Parti Sarawak Bersatu (PSB),” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 10 Julai lalu memutuskan beliau serta lima lagi Ahli Parlimen kekal bersama Parti Warisan Sabah (Warisan) untuk berada di blok bebas di dalam dan di luar Parlimen.

Lima Ahli Parlimen itu adalah Ahli Parlimen Jelun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun); Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Dr Maszlee; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md Salleh.

Mereka turut memutuskan tidak bergabung dengan mana-mana gabungan.

Ditanya sama ada mereka akan menyokong mana-mana usul yang dikemukakan kelak, bekas Menteri Pendidikan itu berkata mereka akan menyokong di blok bebas.

“Usul undi (di Dewan Rakyat)? Kami di blok bebas,” katanya lagi.

Kelima-lima mereka sebelum ini dipecat serta merta daripada Bersatu pada 28 Mei lalu.

Kesemua mereka dipecat atas alasan duduk di bangku pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

7 Komen

  1. Pening politik orang Melayu.
    Akhirnya kepentingan dan amanah rakyat diketepikan…kepentingan diri diutamakan.
    Perpecahan dikalangan parti Melayu perlu dibimbangi.
    Lupakan lah parti dan politik

  2. Ini semua gara2 madey kutty. Senang dia nak abaikan tanggungjawab semasa menjadi kerajaan bersama ph sebagai pm7. Lihat bagaimana putar belit dia.

  3. Ngak bolih pakai waki rakyat nih…pentingkan diri sendiri dan puak2 politik mereka. bukan kepentingan rakyat diperjuangkan. WESSS GOBLOK KABIH

  4. Dr. Maszlee has made the wrong decision in going into politics. I guess he must be regretting at the moment as to why he left his teaching career at the university. Since he failed to practice good governance, now he has to read his own book on good governance. His intention of joining politics to defeat DSN was a wrong one. People don’t join politics to take revenge on others. In my humble opinion, only people with a big heart should join politics with the good intention to serve the Rakyat and Negara.When things were going wrong in PH and they were selling assets in Khazanah andTabung Haji, our learned Dr. was dumbfounded (diam saja dan di mana perginya suara beliau untuk membela rakyat dan good governance). By now, he should haverealized that political idealism is very different from politics on the ground.Dr., you have failed to stand up for fairness and justice. You did not speak up the truth. You did not say a word with regard to the unfulfilled manifestos and when young graduates were doing Grab services, Food Panda and other jobs to sustain life. You did not congratulate the PN government in handling theCovid-19 global pandemic. You did not say a word to console the rubber-tappers,fishermen, those who work at the palm-oil sector and others when their incomes were affected. My final words for our Dr. will be, go back to the university. With your knowledge and talent you can be a great professor in the near future.Being a teacher, you will be more honoured and blessed in your life. You can educate and inculcate good values among the student population on campus.Tinggalkanlah politik kepada pemimpin yang berjiwa besar dan berjiwa rakyat. May God be with you, Dr, ameen!  

  5. ….bila sekali org yg ada gelaran “DR” MENIPU….maka tunggulah saat kejatuhannya.

  6. Putar alam. Jadinya apa yang mereka ni perjuangkan? Apakah berjuang memecah-belahkan orang Melayu? Apa muslihat mereka? Orang politik berbangsa Melayu seharusnya dah makin sedar akan situasi semasa, di antara pentadbir dan pemerintah, ada rakyat. Ingat rakyat ni bola, dilambung-lambung dan ditarik-tarik sesuka hati? Rakyat yang mereka hendak perbodoh-bodohkan? Apa untungnya? Di mana kebaikannya? Beginilah kalau nafsu serakah menguasai kepandaian, pandai tapi dangkal, dangkal lagi memusnahkan! Dan terus merugi untuk orang Melayu.. Ikut sangat otak Atoq yang suka bergaduh, inilah jadinya..

Comments are closed.