TERKINI : BERITA Mengejutkan… Angin Tukar Kerajaan Sabah Semakin Kencang – Mohamad Alamin

“Kita tunggu sahaja berita mengejutkan”.

Itu kata Ahli Parlimen Kimanis Datuk Mohamad Alamin tentang khabar angin pertukaran tampuk pemerintahan kerajaan negeri Sabah. Ujarnya, berita mengenai perkembangan terbaharu itu semakin hangat dan dijangka menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tempoh peralihan kuasa daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. “Angin (tukar kerajaan negeri Sabah) sudah semakin kencang setakat sekarang. Ia dijangka berlaku. Namun berapa lama kita tak pasti,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.